Abstract:
TM Berhad merupakan sebuah organisasi yang berkaitan dengan kerajaan dan juga salah sebuah organisasi telekomunikasi terpenting di Malaysia. TM Berhad bertanggungjawab sebagai medium terpenting rakyat dalam sistem perhubungan.TM Berhad mengukuhkan kedudukannya dengan adanya tenaga kerja mahir, hubungan dengan negara luar seperti Bangladesh, Afrika Selatan, Malawi, Guinea, Ghana, Bangladesh, Sri lanka, Thailand dan Cambodia serta berjaya menubuhkan universiti dengan menggunakan jenamanya sendiri iaitu Universiti Multimedia.