Abstract:
Kolej Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia (KUSTEM}, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi telah menetapkan syarat wajib latihan industri (SOS 4299) ke atas pelajar Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial iaitu sebanyak 6 jam kredit. lni bermakna latihan industri merupakan sebahagian syarat kepada pelajar Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi sebelum bergraduat dan dianugerahkan Sarjana Muda Pengurusan Polisi Dan Sekitaran Sosial. Tujuan latihan industri ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerja yang sebenar dengan menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam organisasi dan persekitarannya sama ada jabatan swasta, badan berkanun ataupun kerajaan yang terlibat.