Abstract:
Kertas Laporan Akhir Latihan lndustri ini bertujuan untuk mengkaji dan menilai sejauhmana keberkesanan sistem-sistem sedia ada di samping memberi saranan kepada cadangan penyelesaian bagi mengatasi kelemahan yang ada pada sesebuah organisasi. Menerusi Latihan lndustri selama dua belas minggu, pelatih berpeluang mengaitkan ilmu pengetahuan yang diperolehinya di kuliah dengan dunia pekerjaan sebenar. Di samping itu, pelatih juga berpeluang untuk meningkatkan kematangan dan keintelektualannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.