Abstract:
Jabatan Pembangunan koperasi (JPK) merupakan satu organisasi peringkat negeri Kelantan yang terdapat di bangunan Wisma Persekutuan, Kota Bharu. Jabatan ini mempunyai beberapa cawangan dimana ia dipecahkan mengikut wilayah. Jabatan ini bertanggungjawab dalam menentukan pembangunan rakyat melalui keterlibatan dalam koperasi yang ditubuhkan. Objektif pelaksanaan ini adalah untuk membantu golongan bandar dan luar bandar dalam meningkatkan pendapatan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi. la juga berperanan dalam mewujudkan masyarakat yang berjimat cermat terutama bagi golongan kerajaan.