Abstract:
Pelatih ditugaskan untuk membuat laporan dan menilai sistem yang terdapat di dalam organisasi. Kemudian mencari masalah dan mencari penyelesaian yang bersesuaian dari segi kos dan kesan. Terdapat tiga (3) sistem yang dapat dikenalpasti dari tiga (3) jabatan yang berbeza. Sistem pertama yang dikenalpasti adalah sistem penilaian pekerja dari Jabatan Sumber Manusia. Kemudian sistem promosi jualan sekaligus penyelesaian pembayaran dari Jabatan Pemasaran, dan sistem terakhir yang dikenalpasti adalah sistem mengambil tempahan dari Jabatan Food & Beverage.