Abstract:
Sepanjang menjalankan latihan industri tersebut, pelatih didedahkan kepada beberapa pendekatan supaya tugas yang diberikan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Pendekatan terbaik ialah pelatih diberi taklimat tugas dan tanggungjawab setiap hari dan dapat berbincang dengan bahagian teknikal mengenai inventori yang perlu dipesan setiap dua minggu. Pelatih diberi kepercayaan penuh dalam mengemaskini stok, membuat promosi kepada pelanggan dan membuat pemasangan modem di rumah pelanggan (bahagian teknikal).