Abstract:
Semasa menjalani Latihan lndustri di SUTRA BEACH RESORT, pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi syarikat ini.Masalah-masalah tersebut diperolehi dari kajian dan pemerhatian sepanjang pelatih berada di Sutra Beach Resort. Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam jangkamasa yang lama. Antara masalah-masalah yang dapat dikenalpasti dalam Jabatan Sumber Manusia adalah masalah dalam proses temuduga. Masalah kedua yang dapat dikenalpasti dalam sistem tersebut ialah pengesahan jawatan yang mengambil masa yang lama.