Abstract:
Selama pelatih menjalani latihan industri di Syarikat Pelancongan Keluarga Ghazali ( SPKG ) Tours Sdn. Bhd, pelatih mendapat pelbagai input dan pengalaman yang paling berharga. Pelatih dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari semasa di bilik kuliah ke dalam situasi sebenar semasa pelatih menjalani latihan industri di syarikat tersebut. Syarikat SPKG Tours ini adalah sebuah syarikat yang telah lama bertapak di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang iaitu selama 22 tahun. SPKG Tours beribupejabat di Jerantut dan terdapat cawangan pejabat jualan di Kuala Lumpur, pejabat jeti di Kuala Tembeling, Jerantut dan mempunyai resort sendiri iaitu Nusa Camp Holiday Village Taman Negara, Pahang.