Abstract:
Pelatih telah menjalani Latihan lndustri di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah merupakan agensi pusat bagi kakitangan kerajaan dan bertanggungjawab untuk merumus dan melaksanakan segala dasar kakitangan yang berhubung dengan pengurusan di dalam agensi-agensi awam. Semasa menjalankan Latihan lndustri selama 12 minggu, pelatih bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan tetapi juga telah mendapat satu pengalaman baru terutama dari segi pendedahan terhadap situasi alam pekerjaan yang sebenar.