Abstract:
Latihan lndustri PGN 4799 merupakan satu matapelajaran yang wajib diambil bagi pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran. Pelajar akan menjalani latihan tersebut selama 12 minggu di organisasi yang dipilih oleh pelajar dengan kelulusan daripada pihak fakulti. Pelajar dipantau oleh dua orang penyelia iaitu penyelia industri yang menyelia pelatih sepanjang berada di organisasi dan penyelia bagi pihak KUSTEM yang juga merupakan pensyarah pelajar yang memandu pelajar supaya berada pada landasan yang betul dalam menjalani latihan. Laporan ini akan membentangkan segala maklumat yang diperolehi oleh pelajar sepanjang mengikuti sesi latihan tersebut.