Abstract:
Primula Beach Resort yang pada awalnya hanya dikenali sebagai Pantai Motel kini telah berkembang dengan pesat sekali. Primula Beach Resort kini berada dibawah naungan Permodalan Terengganu Berhad (PTB) Resort Sdn. Bhd. Mempunyai pekerja seramai 242 orang pekerja dan diketuai oleh Tuan Haji Rudi W. Herman sebagai Pengurus Besar. Primula Beach Resort mempunyai sebelas jabatan yang bertangungjawab dalam pengurusan hotel. Semasa berada di Primula Beach Resort, saya mendapati bahawa Primula Beach Resort mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kelebihan yang dimiliki ini mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk berkunjung ke Primula Beach Resort. Antara kelebihan yang dimiliki adalah Primula Beach Resort berada pada kedudukan yang strategik iaitu berada ditengah-tengah antara bandar dengan pantai.