Abstract:
Pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang sebenar. Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan jualan serta penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Semasa menjalani Latihan Industri di KADA, pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi organisasi tersebut.