Abstract:
Pelatih telah memilih Syarikat Ramli Motor Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 12, Jalan Pokok Sena Pulai, 09100 Baling, Kedah Darul Aman dan mempunyai cawangan di alamat Pusat Servis Kereta EON, Pusat Servis Kereta, Pusat Servis Tayar di Lot 995, Bendang Sera, Pengkalan Hulu, 09100 Baling, Kedah Darul Aman. Sepanjang menjalani latihan industri ini pelatih talah ditempatkan di Jabatan pemasaran, Jabatan akaun, Jabatan pembelian dan Jabatan Stor. Laporan ini mengandungi penemuan mengenai sistem sedia ada yang digunakan oleh organisasi, penemuan masalah yang dihadapi serta pemberian cadangan yang difikirklan relevan dengan situasi kerja. Diharap segala cadangan yang diusulkan
mampu memberi manfaat kepada organisasi serta dapat memantapkan lagi kedudukan organisasi pada masa akan datang.