Abstract:
Semasa menjalankan Latihan lndustri di Sabasun HyperRuncit, pelatih telah dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi dan pengurusan syarikat, iaitu melalui sistem-sistem yang sedia ada yang diguna pakai. Masalah-masalah ini dapat dikenalpasti melalui pemerhatian yang dibuat di sepanjang pelatih melakukan Latihan lndustri. Antara masalah-masalah yang dapat dikenalpasti adalah di bahagian Dagangan iaitu masalah dalam Sistem Pesanan Hamper. Masalah kedua yang dapat dikenalpasti adalah masalah di bahagian Pemasaran iaitu masalah dalam Sistem Aliran Perubahan Harga. Masalah ketiga adalah masalah berkenaan dengan Sistem Pengambilan Pekerja yang terdapat di bahagian Pengurusan syarikat. Melalui permasalah tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan cadangan agar pihak syarikat dapat
mengaplikasikannya.