Abstract:
Sepanjang pelatih menjalani latihan industri selama 12 minggu iaitu bermula 17 April sehingga 8 Julai, pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru di pelajari oleh pelatih. Di awal pembabitan pelatih di LKPP PROPERTY SON. BHD., pelatih telah ditempatkan di bahagian pemasaran. Di bahagian ini pelatih ditugaskan untuk melakukan aktiviti pemasaran. Antaranya seperti menjalankan penyelidikan pemasaran, melawat tapak. Tidak terdapat sebarang masalah dalam kesemua tugasan yang diberikan kepada pelatih kerana sistem yang digunakan adalah mudah dan sistematik. Pelatih berpeluang melakukan aktiviti pemasaran seperti promosi, perkhidmatan pelanggan, perletakkan harga, dan berkomunikasi dengan pelanggan.