Abstract:
Setiap pelatih pasti akan memperolehi banyak pengajaran dengan menjalani latihan industri. Dengan latihan industri ini, pelatih akan berpeluang untuk melibatkan diri secara langsung di dalam bidang pekerjaan yang sebenar. lanya memberikan pengalaman yang berguna kepada diri setiap pelatih. Peluang yang diberikan untuk menjalani latihan industri ini, pelatih akan dapat memahami operasi syarikat dan juga dapat mengaplikasikan dengan apa yang dipelajari di KUSTEM.
Penglibatan pelajar di dalam segala aktiviti syarikat akan memberikan pelatih satu pengalaman yang tidak akan dapat diperolehi di kampus. Sepanjang penglibatan
pelatih di syarikat Invest Melaka Berhad, pelatih telah dapat mengesan beberapa masalah yang dihadapi untuk setiap sistem yang dijalankan di syarikat ini.