Abstract:
Sebagai pelajar di bawah program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi pelatih telah diwajibkan untuk menjalani Latihan lndustri selama 3 bulan dan pelatih juga telah diberi peluang untuk memilih sendiri organisasi Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Seremban atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat sebagai tempat di mana pelatih akan menjalani Latihan lndustri tersebut. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia merupakan sebuah organisasi yang pada dasamya diwujudkan sebagai agensi kerajaan bagi menyelaraskan dan memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak bank, Bank Rakyat telah keluar dari naungan kerajaan dan kemudian telah berdiri dan beroperasi dengan sendirinya atau dengan erti kata lain telah diswastakan.