| dc.description.abstract |
Kuala Terengganu Golf Resort Berhad atau secara ringkasnya KTGR merupakan anak syarikat UDA Holdings Berhad. Penubuhannya pada 3 Mei 1995 adalah secara usahasama di antara UDA Holdings Berhad dan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Seramai 4 orang ahli lembaga pengarah yang memegang syer terbesar di Kuala Terengganu Golf Resort iaitu Datuk Zahari Bin Omar, Adzlan Bin Mohd Dagang, Haji Mohd Zulkifli Bin Abu Bakar dan Zainal Abiddin Bin Ismail. Perniagaan utama yang dijalankan oleh Kuala Terengganu Golf Resort adalah jenis perkhidmatan iaitu perkhidmatan padang golf 18 lubang. Di samping itu terdapat juga pelbagai kemudahan yang telah disediakan untuk dijadikan sebagai kemudahan bagi pelanggan di Kuala Terengganu Golf Resort seperti penyediaan sebuah rumah kelab,pulic Driving Range, Practice and Chipping Greens, bilik seminar dan mesyuarat, restoran, kolam renang, pro shop, bilik karaoke, gelanggang tennis, kelas senaman, ping pong dan dart. |
en_US |