Abstract:
Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan lndustri di sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu yang amat berharga. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas yang akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelatih dalam menjalankan Latihan lndustri di KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI digunakan sepenuhnya untuk mengetahui dan memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang pentadbiran dan pemasaran pendidikan. Pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang sebenar. Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan dari pelbagai unit dan sektor serta penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi.