Abstract:
Sistem pertama ialah sistem tempahan penghantaran oleh kontraktor. Antara masalah yang telah dikenalpasti ialah masalah pesanan daripada pelanggan yang terlalu sedikit, masalah kedua ialah kehilangan beg baja semasa dalam perjalanan penghantaran kepada pelanggan dan masalah terakhir ialah perebutan kawasan dikalangan ejen-ejen lori. Berikutan masalah ini, cadangan penyelesaian yang diambil ialah mencampurkan jumlah pesanan yang sedikit tadi dengan pesanan pelanggan lain yang berdekatan, memberi peringatan kepada kontraktor lori supaya masalah ini tidak akan berulang dan membuat pembahagian kawasan berdasarkan kuota yang telah ditetapkan. Sistem pemunggahan baja ke atas lori pula mempunyai beberapa masalah antaranya ialah sikap pekerja yang tidak berdisiplin dengan memotong giliran dan masalah kedua berlaku kesilapan dalam timbangan lori. Antara jalan penyelesaian bagi masalah ini ialah memperketatkan lagi peraturan dengan mengambil tindakan sesiapa yang memotong giliran serta penyelia juga perlu mengawasi setiap pekerja yang berada dibawah mereka. Seterusnya, membuat pemeriksaan samada kesilapan tersebut disebabkan mesin atau manusia.