Abstract:
Creative Corner Kuantan (CCK) merupakan sebuah kedai buku francais yang menguruskan pengeluaran dan penjualan produk bagi cawangan di seluruh pantai timur. CCK juga menawarkan produk-produk keluaran Creative seperti novel, lukisan, dan juga cenderahati. CCK juga mempunyai sebuah galeri lukisan yang dinamakan Creative Gallery dan galeri ini menempatkan hasil karya pelukis-pelukis tempatan. CCK mula ditubuhkan pada akhir bulan Disember 1995 dan diuruskan oleh syarikat sendirian berhad iaitu Eastern Line Consultant (ELC). ELC dinaungi oleh Puan Zahurim bt. Abu Bakar sebagai Pengurus Operasi dan dibantu oleh En. Zulkifli b. Suleiman yang memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran dan Pengurus Galeri Lukisan. Tujuan utama Creative Corner Kuantan (CCK) ditubuhkan adalah untuk memastikan sistem penyaluran maklumat kerajaan melalui komunikasi bersemuka, media elektronik, cetak dan komunikasi visual dapat berfungsi dengan berkesan bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat dan sekaligus melahirkan masyarakat yang minat membaca. Sepanjang menjalani Latihan lndustri, pelatih telah berpeluang mempelajari banyak perkara baru dan mengesan beberapa masalah serta mengenalpasti beberapa sistem yang sedia ada di organisasi.