Abstract:
Bagi setiap pelatih, peluang untuk menjalankan Latihan lndustri di sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu yang amat berharga.Pelatih berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara Jangsung dengan aktiviti dan tugas yang telah diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelatih dalam menjalankan Latihan Industri di Syarikat TM Net Sdn. Bhd digunakan sepenuhnya untuk mengetahui dan memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang telekomunikasi. Pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang sebenar. Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan jualan serta penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Semasa menjalani Latihan Industri di TM Net Sdn Bhd, pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi syarikat tersebut.