Abstract:
Pihak Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) telah
menetapkan bahawa syarat untuk melayakkan seseorang pelajar Program ljazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) bergraduat adalah wajib bagi mereka untuk menjalani Latihan lndustri yang telah ditentukan dalam tempoh tiga bulan. Latihan lndustri ini adalah kursus teras penting yang wajib dalam Program ljazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dan program lain di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Asasnya, Latihan lndustri ini bermotifkan untuk memberikan sedikit - sebanyak pendedahan kepada pelajar tentang pasaran sebenar bidang kerja yang bakal pelajar tempuhi setelah tamat tempoh pengajian mereka. Selain itu, pelajar dapat memperoleh pengalaman yang begitu berharga semasa menjalankan Latihan lndustri di agensi kerajaan mahupun swasta. Pelajar juga dapat memahami teori yang selama ini hanya dipelajari dalam kampus semata - mata. Bukan itu sahaja, malah mereka dapat mengaplikasikan teori tersebut dalam menjalankan kerja yang telah diberikan kepada mereka iaitu dengan mempraktikkannya dalam suasana kerja yang sebenar.