Abstract:
Secara keseluruhannya laporan akhir praktikum ini, menerangkan segala aspek pengalaman secara langsung dan tidak langsung yang telah dilalui oleh pelatih di organisasi praktikum iaitu di Sekolah Tunas Bakti, Teluk Air T.awar, Butterworth, Pulau Pinang. Sepanjang tempoh latihan praktikum ini pelbagai pengalaman telah dilalui sama ada pahit dan manis dalam mendapat pendedahan yang amat berharga bagi seorang bakal kaunselor. Pendedahan dan pengalaman yang diperolehi selama menjalani latihan praktikum ini sudah pasti amat berharga bagi pelatih yang bakal berhadapan dengan situasi sebenar di alam profesionalisme kaunseling. Sepanjang latihan ini pelatih telah didedahkan dengan situasi sebenar seorang kaunselor di organisasi ini dengan menjalankan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi sesi kaunseling individu dan kelompok yang menjadi core business di organisasi.