Abstract:
Enap cemar kumbahan merupakan satu sumber bagi unsur organik, nitrogen dan
fosforus yang sangat penting. Walaubagaimanapun, ia juga mengandungi logam
logam berat yang merbahaya seperti Cd, Cr, Cu, Pb, Mn, Zn dan Ni. Selain
kandungan garam terlarut yang tinggi. Objektif penyelidikan ini adalah untuk
mengkaji kandungan nutrien organik (C, N dan P) dan kandungan pencemar bukan
organik (5 jenis logam berat: Kadmium, Kromium, Plumbum, Potassium,
Magnesium dan Zink) dari enapcemar IWK. Keputusan-keputusan yang diperolehi
akan menentukan tahap kesesuaian enap cemar kumbahan IWK (Indah Water
Konsortium) sebagai kompos atau baja organik buatan. Enapcemar kumbahan IWK
juga akan dibandingkan dengan baja-baja komersial berdasarkan Peraturan-peraturan
503 yang dikeluarkan oleh EPA untuk mengawal risiko penggunaan dan perlupusan
enap cemar kumbahan.