Abstract:
Aktiviti akuakultur yang berkembang pesat pada masa kini merupakan penyumbang
utama kepada peningkatan penghasilan sisa dan toksik dalam industri akuakultur
yang akan mengganggu hidupan akuatik. Sistem akuakultur menghasilkan bahan
organik dan nutrian seperti nitrogen, fosforus dan elemen lain dalam kuantiti yang
banyak yang mana memerlukan rawatan kerana nutrien yang tinggi dalam air sisa
menyebabkan toksik. Rawatan air sisa yang digunakan sebelum ini adalah kurang
cekap disebabkan oleh masalah mekanikal dan kewangan. Satu kaedah altematif
yang sangat berkesan untuk menyingkirkan fosforus dan menjimatkan kos adalah
dengan menggunakan batu kapur sebagai bahan penjerap melalui kajian kelompok.