Abstract:
Sistem akuakultur menghasilkan kuantiti yang banyak bagi bahan organik dan
nutrien (nitrogen, fosforus dan elemen-elemen lain) yang memerlukan rawatan
ataupun penyingkiran bahan tersebut Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
mengkaji penyingkiran ammonia, nitrat dan nitrogen jumlah daripada air sisa dengan
menggunakan batu kapur sebagai penjerap yang berkos rendah dan dibandingkan
dengan menggunakan butir-butir karbon teraktif (GAC) yang merupakan penjerap
berkos tinggi. Proses penjerapan dikenali sebagai satu proses pemisahan alternatif
yang berkesan.