Abstract:
Kajian ini menumpukan kepada pengcaman maklumat yang dihasilkan oleh Mesin
Pencerap Cahaya Inframerah dengan Pengubah Fourier (FTIR). Kajian ini bertujuan
untuk memudahkan penganalisaan terhadap maklumat cerapan agar ianya dapat
dianalisa dengan lebih mudah, pantas dan lebih tepat berbanding teknik pencerapan
puncak konventional. Beberapa keadah pengukuran baru dibangunkan untuk
membolehkan maklumat cerapan diproses untuk penganalisaan menggunakan RNT.
Kajian melibatkan pengujian pengaruh struktur RNT terhadap keupayaan membuat
pengcaman dengan tepat dengan mengkaji penggunaan komponen dalam RNT dan
perhubunganya dengan struktur maklumat untuk latihan dan proses penganalisaan.
Keputusan yang didapati menunjukan bahawa RNT boleh digunakan untuk proses
pengcaman bentuk spektrum FTIR. Kajian lanjutan bagaimanapun pelu dilakukan
untuk mempertingkatkan lagi keupayaan teknik-teknik yang dicadangkan.