Abstract:
Penyimpanan dan manipulasi data dalam pangkalan data pada masa kini banyak berlaku,
selari dengan arus teknologi yang pesat. Projek ini dikhususkan kepada mengkaji suatu
alat yang mempunyai keupayaan mengtransformasikan suatu format pangkalan data
kepada format pangkalan data yang dikehendaki. Sebagai contoh, untuk
mengtransformasikan pangkalan data XML kepada Pangkalan Data Berhubungan dan
sebaliknya. Projek ini juga dibangunkan dalam engin .NET yang dihasilkan oleh
Microsoft dan banyak dapat membantu para penyelidik dalam menghasilkan data pra
pemprosesan sebelum proses-proses yang selanjutnya dalam perlombongan teks.