Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji profil minat kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti minat kerjaya yang paling diminati dan mengenalpasti perbezaan minat kerjaya berdasarkan jantina, tempat tinggal pelajar, aliran pengajian, dan sosioekonomi ibu bapa dalam kalangan pelajar. Seramai 186 responden yang terlibat dalam kajian ini. Minat kerjaya pelajar telah diukur dengan menggunakan Self-Directed Search (SDS) oleh Holland. Dalam kajian ini kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menentukan frekuensi dan peratus ke atas data-data yang diperolehi manakala, kaedah statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis kajian iaitu ujian-t dan ANOV A. Hasil kajian mendapati bahawa bidang kerjaya yang paling diminati oleh responden ialah jenis bidang sosial berdasarkan skor min yang diperolehi adalah paling tinggi iaitu 0.58 (0.22).