Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkajl hubungan antara faktor dalaman dan luaran dengan tingkah laku agresif dalam kalangan remaja. Seramai 238 orang responden dari pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu yang telibat. Faktor dalaman dan luaran diukur dengan menggunakan soal selidik yang telah diubahsuai oleh Faizah Idris dan Prof. Dr. Azizi Yahaya (2008) berdasarkan Mooney Problem Checklist. Manakala bagi tingkah laku agresif pula diukur dengan menggunakan soal selidik Tingkah Laku Agresif.