DSpace Repository

Kajian pengambilan minuman berkarbonat di kalangan pelajar sekolah menengah di Kuala Terengganu

Show simple item record

dc.contributor.author Mackenzzie Sahni
dc.date.accessioned 2018-05-22T04:26:28Z
dc.date.available 2018-05-22T04:26:28Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9004
dc.description.abstract Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang pengambilan minuman berkarbonat di kalangan pelajar sekolah menengah di Kuala Terengganu. Pengambilan minuman ringan di kalangan remaja semakin meningkat ketika berlakunya perubahan sosial drastik seiring dengan pembangunan pesat negara. Pengambilan minuman bergula yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan jangka pendek dan panjang. Sementara itu, minuman berkarbonat pula dikenalpasti sebagai salah satu minuman yang tinggi kandungan gulanya dan popular di kalangan muda-mudi. Seramai 424 orang pelajar sekolah menengah telah dipilih sebagai responden kajian dari sembilan buah sekolah yang terpilih. Kajian ini berbentuk deskriptif dan teknik stratified random sampling telah digunakan. Instrumen kajian berbentuk borang soal selidik yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang latar belakang, amalan pengambilan minuman berkarbonat, faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan minuman berkarbonat dan pengetahuan responden tentang minuman berkarbonat. Kajian rintis juga telah dijalankan bagi menjamin tahap kebolehpercayaan instrumen kajian. Analisis statistik yang dijalankan berbentuk deskriptif dan inferensi. Hasil daripada analisis tersebut menunjukkan bahawa secara puratanya, responden mengambil minuman berkarbonat sebanyak 91.2 ml sehari. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 25 FASM 3 2007 en_US
dc.subject Mackenzzie Sahni en_US
dc.title Kajian pengambilan minuman berkarbonat di kalangan pelajar sekolah menengah di Kuala Terengganu en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account