Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara cara gaya asuhan ibu bapa
dengan konsep kendiri dalam kalangan peJajar Sarjana Muda Kaunseling di Universiti
Malaysia Terengganu. Tiga jenis gaya asuhan yang dikaji dalam kalangan pelajar iaitu
autoritatif, autoritarian, dan permisif. Seramai 140 orang pelajar Sarjana Muda
Kaunseling yang terdiri daripada pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 dipilh secara
rawak berstrata untuk dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan
ialah "Parental Authority Questionnaire" (PAQ) dan "Tennessee Self-Concept Scale"
(TSCS). Ujian-ujian statistik seperti ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson telah
digunakan bagi menguji hipotesis kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan majoriti
pelajar memiliki tahap konsep kendiri yang tinggi. Jenis gaya asuhan yang sering
diamalkan ialah gaya permisif. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara cara gaya asuhan ibubapa keseluruhan dengan tahap
konsep kendiri pelajar. Walaubagaimanapun, wujud hubungan yang signiflkan bagi
dimensi autoritatif, autoritarian dan permisif dengan tahap konsep kendiri.