DSpace Repository

Hubungan antara cara gaya asuhan ibu bapa dengan tahap konsep kendiri pelajar sarjana muda kaunseling Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Show simple item record

dc.contributor.author Wan Mohd Zarif Wan Mansor
dc.date.accessioned 2018-05-22T04:30:11Z
dc.date.available 2018-05-22T04:30:11Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9006
dc.description.abstract Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara cara gaya asuhan ibu bapa dengan konsep kendiri dalam kalangan peJajar Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaysia Terengganu. Tiga jenis gaya asuhan yang dikaji dalam kalangan pelajar iaitu autoritatif, autoritarian, dan permisif. Seramai 140 orang pelajar Sarjana Muda Kaunseling yang terdiri daripada pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 dipilh secara rawak berstrata untuk dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah "Parental Authority Questionnaire" (PAQ) dan "Tennessee Self-Concept Scale" (TSCS). Ujian-ujian statistik seperti ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson telah digunakan bagi menguji hipotesis kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar memiliki tahap konsep kendiri yang tinggi. Jenis gaya asuhan yang sering diamalkan ialah gaya permisif. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara gaya asuhan ibubapa keseluruhan dengan tahap konsep kendiri pelajar. Walaubagaimanapun, wujud hubungan yang signiflkan bagi dimensi autoritatif, autoritarian dan permisif dengan tahap konsep kendiri. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 14 FPE 1 2009 en_US
dc.subject Wan Mohd Zarif Wan Mansor en_US
dc.title Hubungan antara cara gaya asuhan ibu bapa dengan tahap konsep kendiri pelajar sarjana muda kaunseling Universiti Malaysia Terengganu (UMT) en_US
dc.type Other en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account