| dc.description.abstract |
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perbezaan di antara turutan kelahiran
berdasarkan gaya bercinta di kalangan pelajar di sebuah universiti di Pantai Tirnur
Semenanjung Malaysia. Seramai 72 orang mahasiswa dan mahasiswi telah dipilih
sccara rawak mudah untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan
dalarn kajian ini ialah The Liking and Loving Scale yang dibentuk oleh Rosenman
( 1978) dan telah diubahsuai oleh Sidek Mohd Noah (2004) rnenjadi Inventori Gaya
Bercinta (1GB) dalam versi Bahasa Melayu. Darjah kebolehpercayaan bagi
instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.77. Data-data yang diperolehi
diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social
Sciences) for Windows versi 16.0. Statistik deskriptif (min, frekuensi dan peratus)
dan statistik infercnsi (Ujian-t dan Ujian ANOVA) digunakan dalam rnenganalisis
data pada aras signifikan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara turutan kelahiran, latar belakang sosial,
pendapatan bulanan seisi keluarga, dan pencapaian akademik berdasarkan gaya
bcrcinta. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina berdasarkan
gaya bercinta. |
en_US |