DSpace Repository

Amalan pengambilan sarapan di kalangan pelajar di beberapa sekolah rendah di utara Kuala Terengganu

Show simple item record

dc.contributor.author Siti Nor Khaironisha Othman
dc.date.accessioned 2018-05-22T07:39:42Z
dc.date.available 2018-05-22T07:39:42Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9073
dc.description.abstract Kajian ini dijalankan untuk meninjau amalan pengambilan sarapan di kalangan pelajar sekolah rendah di 3 buah sekolah di utara Kuala Terengganu. Banyak persoalan timbul tentang amalan pengambilan sarapan di kalangan masyarakat Malaysia termasuk golongan pelajar sekolah. Pembangunan pesat negara menyebabkan wujudnya lebih ramai golongan ibu bekerja yang terpaksa mengimbangi tuntutan terhadap keluarga dan kerjaya. Ditambah pula dengan kesukaran mendapatkan orang gaji, cabaran untuk kebanyakan keluarga menyediakan sarapan kepada anak-anak menjadi semakin sukar, walhal, sarapan terlalu penting untuk dipandang sambil lewa atau diabaikan kerana ia dipercayai mampu menggalakkan corak pemakanan sihat lantas mengurangkan gejala obesiti, malnutrisi dan lain-lain. Namun jikapun sarapan menjadi rutin harian, wujud juga pelbagai isu berkaitan dengan jenis dan kuantiti pengambilan sesuatu makanan. Seramai 155 orang pelajar tahun 6 telah terpilih sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk deskriptif dan teknik persampelan purposive telah digunakan. Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang berbentuk interviewer-administered yang digunakan unutk mendapatkan maklumat tentang latar belakang, corak pengambilan sarapan, kekerapan pengambilan dan jenis makanan dan minuman yang kerap diambil sebagai sarapan serta faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pengambilan sarapan. Analisis statistik yang dijalankan adalah analisis deskriptif dan inferensi. Hasil daripada analisis yang dijalankan, sebanyak 98% responden telah bersarapan semasa hari persekolahan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 68 FASM 3 2007 en_US
dc.subject Siti Nor Khaironisha Othman en_US
dc.title Amalan pengambilan sarapan di kalangan pelajar di beberapa sekolah rendah di utara Kuala Terengganu en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account