DSpace Repository

Tahap kepuasan kerja di kalangan jurumasak dan pembantu jurumasak kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu

Show simple item record

dc.contributor.author Nurhidayah Husain
dc.date.accessioned 2018-05-23T01:35:17Z
dc.date.available 2018-05-23T01:35:17Z
dc.date.issued 2007
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9086
dc.description.abstract Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi tahap kepuasan pekerjaan di kalangan jurumasak dan pembantu jurumasak kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu. Untuk itu, beberapa faktor utama telah dikenalpasti iaitu keadaan pekerjaan, gaji, penyeliaan, kenaikan pangkat dan rakan sekerja. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pekerjaan dan menentukan kaitan antara faktor dominan yang dikenalpasti dengan produktiviti operasi kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu. Kaedah persampelan yang digunakan ialah purposive sampling. Bagi proses pengutipan data, sebanyak 160 borang soal selidik telah diedarkan kepada jurumasak dan pembantu jurumasak dari 32 buah kantin yang diambil dari 30 buah sekolah menengah di Kuala Terengganu yang di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa secara keseluruhannya responden berpuas hati dengan keadaan pekerjaan sekarang. Bagi faktor gaji pula, mereka tetap berpuas hati walaupun mereka beranggapan bahawa gaji yang diterima tidak dapat memberikan kemewahan. Seterusnya untuk faktor penyeliaan, mereka berpuas hati dengan penyelia mereka kerana mengikut kajian yang telah dijalankan, majoriti daripada mereka memberi persepsi yang positif terhadap penyelia mereka. Namun begitu, mereka kurang berpuas hati terhadap faktor peluang kenaikan pangkat kerana mengikut kajian ini, kurangnya kenaikan pangkat berlaku terutamanya di kalangan jurumasak. Manakala bagi rakan sekerja pula, mereka sangat berpuas hati memandangkan ramai antara mereka memberikan pandangan yang positif terhadap rakan mereka. Kesimpulannya, jurumasak dan pembantu jurumasak di kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu yang diambil sebagai sampel berpuas hati terhadap pekerjaan mereka sekarang secara keseluruhannya. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 55 FASM 3 2007 en_US
dc.subject Nurhidayah Husain en_US
dc.title Tahap kepuasan kerja di kalangan jurumasak dan pembantu jurumasak kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account