Abstract:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan diantara gaya bercinta dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sarjana muda pengurusan (pemasaran) di Universiti Malaysia Terengganu berpandukan teori The Triangular of Love oleh Robert Sternberg (1987). Pemboleh ubah bersandar bagi kajian ini ialah tahap pencapaian akademik manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah gaya bercinta yang terdiri daripada cinta romantik, kepunyaan, persahabatan, pengorbanan, permainan dan logikal. Seramai 80 orang pelajar tahun tiga sarjana muda pengurusan pemasaran telah di pilih secara rawak mudah untuk dijadikan sampel kajian.