Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar Sarjana Muda Kaunseling Universiti MalaysiaTerengganu Seramai 144 orang sampel kajian telah dipilih secara rawak berlapis. Kajian mi menggunakan satu set soal selidik iaitu Inventori Personaliti Junior
Eysenck (JEPI) dalam versi Bahasa Melayu yang telah diterjemahkan oleh Sidek Mohd Noah. Inventori ini mengandungi 60 item yang meliputi dua dimensi iaitu skala Ekstroversi dan Neurotisme. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16. Analisis
Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif tetapi lemah (r=208) antara personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Namun, analisis Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan anlara personaliti Ekstroversi dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar (r=124).