Abstract:
Kepekatan logam berat di dalam sedimen pada penyampelan pertama mempunyai
julat kepekatan logam berat antara 0.94-2.09 μgig untuk Cd, Mn (7.98-31.87 μgig),
Zn (29.99-49.87 μg/g), Pb (9.49-29.44 μgig) dan Cu (3.85-20.96 μgig). Manakala
didalam Bivalvia pula, Cd (0.30-1.55 μg/g), Mn (4.00-8.00 μgig), Zn (59.99-79.97
μgig), Pb (0.40-2.30 μgig) dan Cu (1.00-14.99 μgig). Untuk penyampelan kedua, julat
kepekatan logam berat didalam sedimen untuk Cd adalah (0.98-1.83 μgig), Mn
(11.93-24.76 μgig), Zn (19.80-48.89 μg/g), Pb (9.29-24.81 μg/g) dan Cu (2.93-23.47
μgig). Manakala didalam Bivalvia pula untuk Cd adalah (0.10-1.55 μg/g), Mn (7.93-
22.95 μgig), Zn (59.49-89.50 μgig), Pb (1.05-3.57 μg/g) dan Cu (9.99-31.95 μgig).
Daripada analisa penormalan, hanya Cu yang mempunyai hubungan beerti dengan Al
dengan p<0.05 dan r = 0. 7030 dan mempunyai korelasi positif. Ini menunjukkan
terdapat kemasukan antropogenik dari luar. Manakala logam berat yang lain tidak
mempunyai hubungan beerti dengan Al berdasarkan nilai p>0.05. Berdasarkan pada
faktor pengkayaan pula, didapati semua logam yang dikaji mempunyai nilai besar
daripada 1 kecuali logam Cu dan Mn untuk kedua-dua penyampelan. Ini
menunjukkan ada kemasukan sumber logam berat dari sumber antropogenik ke
kawasan penyampelan berdasarkan terdapatnya aktiviti yang dijalankan seperti
penternakan sangkar ikan, bot nelayan dan pentemakan kolam udang.