Abstract:
Latihan Industri (PGN 4992) adalah sebahagian daripada silibus dan
merupakan satu syarat bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran ) untuk
menjalani latihan industri dalam proses untuk bergelar graduan. Latihan lndustri
adalah sesuai untuk pelatih sebelum bergraduat kerana pelatih dapat menimba ilmu
dan pengalaman yang tidak diperolehi di bilik kuliah. Latihan Industri juga dapat
memberi pendedahan kepada pelatih terhadap suasana kerja yang sebenar. Di
samping itu pelatih dapat mempraktikkan dan mengaplikasikan teori yang dipelajari
di dalam bilik kuliah semasa menjalani latihan. Latihan Industri juga memberi
peluang kepada pelatih untuk memperbaiki ski! interpersonal dan mengumpul
pengalaman untuk digunakan di masa akan datang. Sepanjang 12 minggu menjalani
Latihan Industri, pelatih telah ditempatkan di sebuah syarikat pemaju perumahan dan
pembangunan hartanah yang beroperasi di Kuantan, Pahang. Melalui latihan yang
diberi oleh pihak syarikat, pelatih telah menemui beberapa sistem yang perlu diberi
perhatian dan tindakan. Setelah mengenal pas ti beberapa sistem yang terdapat dalam
syarikat, pelatih membuat keputusan untuk menekankan kepada tiga sistem iaitu
Sistem Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan, Sistem Analisa Data dan Sistem Aduan
Pelanggan. Pelatih telah banyak memperoleh ilmu dan pengalaman ketika diberi
peluang untuk membantu melaksanakan sistem tersebut. Pelatih telah mengenal pasti
permasalahan yang terdapat pada setiap sistem tersebut. Selain itu pelatih juga
menyertakan punca dan kesan dari permasalahan tersebut terhadap syarikat. Pelatih
telah mencadangkan beberapa langkah untuk penyelesaian masalah yang terdapat
dalam sistem dan seterusnya membincangkan implikasi dari cadangan tadi. Harapan
pelatih agar apa yang pelatih ingin sampaikan sedikit sebanyak dapat memberi
manfaat kepada syarikat khususnya