Abstract:
Kajian ini menganalisis hubungan antara modal, risiko dan kecekapan bagi 10 sampel bank di
Malaysia antara tahun 2001 dan 2005. Dalam analisis ini, risiko perbankan dilihat sebagai faktor
untuk sistem kewangan di Malaysia mengurus kewangan dengan lebib cekap. Kajian ini juga
mengaplikasi penganggaran panel dengan dua kaedah iaitu Pooled Least Square (PLS) dan
Generalized Least Sq_uare (GLS) bagi mencapai objektif kajian. Bukti empirikal menunjukkan
wujud hubungan positif antara risiko dan tahap modal.