| dc.description.abstract |
Perumahan merupakan salah satu daripada keperluan asas sosial bagi kehidupan yang
selesa serta memberi perlindungan dan keselamatan kepada keluarga. Kawasan kediaman
yang berkualiti tinggi adalah amat penting dan merupakan asas bagi setiap individu untuk
mencapai kepuasan dan tahap kualiti hidup yang cemerlang. Peck dan Stewart ( 1985),
menyatakan bahawa kepuasan terhadap perumahan merupakan salah satu komponen
penting yang mempengaruhi kualiti hidup. Menurut Nurizan (1998), ketidakpuasan
penghuni terhadap kualiti perumahan boleh membawa kepada implikasi seperti
pencemaran persekitaran, kesesakan, menjejaskan kesihatan mental dan pelbagai masalah
keluarga. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis dan mengenalpasti faktor
faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan penghuni terhadap kualiti perumahan kos
rendah di Alor Star, Kedah. Data yang digunakan adalah data primer bagi 150 orang
responden perumahan kos rendah. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan
menggunakan analisis diskriptif dan analisis regrasi berbilang. Berdasarkan kepada basil
analisis yang telah dijalankan didapati faktor bayaran rumah setiap bulan, aspek fizikal
rumah dan perkhidmatan merupakan faktor yang sangat mempengaruhi tingkat kepuasan
penghuni. Manakala faktor kejiranan adalah faktor yang tidak mempengaruhi tingkat
kepuasan penghuni. Di samping itu, beberapa cadangan yang bersesuaian dengan kajian
ini juga telah dikemukakan dengan matlamat dapat meningkatkan tahap kepuasan
penghuni terhadap kualiti di perumahan kos rendah di seluruh negara. |
en_US |