Abstract:
lnstitusi perbankan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada
perkembangan ekonomi dan sosial semasa. lnstitusi perbankan juga berperanan
sebagai pasaran modal yang bertujuan untuk membiayai aktiviti ekonomi. Pada Jun
2006 pasaran modal menyumbang sebanyak RM1,618 billion dan pasaran hutang
menyumbang sebanyak RM439 billion atau 80% kepada KDNK negara. Kecekapan dan
kualiti yang ditawarkan oleh institusi perbankan menjadi penarik kepada pengguna
untuk membuat pilihan dalam menggunakan sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan.
Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah bagi menganalisis perkembangan dan
pencapaian sektor perbankan di Malaysia bagi tempoh 2001 hingga 2005. Selain itu,
kajian ini adalah bagi mengukur tahap kecekapan institusi perbankan dan
mengenalpasti kecekapan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional.
Menggunakan data laporan tahunan dari 21 buah bank perdagangan yang meliputi bank
konvesional dan perbankan Islam, kajian ini menggunakan pendekatan Analisis
Penyampulan Data (DEA) bagi menganalisis kecekapan kos dan keuntungan institusi
perbankan di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan perbankan Islam mempunyai
kecekapan yang lebih baik berbanding bank konvesional baik dari segi meminimumkan
kos dan memaksimumkan keuntungan.