DSpace Repository

Keutamaan masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan Taman Negara Pulau Pinang

Show simple item record

dc.contributor.author Nor Shila Ahmad @ Yusoff
dc.date.accessioned 2018-07-02T07:53:01Z
dc.date.available 2018-07-02T07:53:01Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9167
dc.description.abstract Penurunan dalam kualiti Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) berlaku kerana masalah kegagalan pasaran global. Pada kebiasaannya, pasaran hanya mengambil kira permintaan terhadap produk hutan tetapi ia gagal mengambil kira permintaan bagi pemeliharaan dan pemuliharaannya. Bagi memastikan pilihan pengagihan sumber diagihkan secara cekap, pembuat keputusan memerlukan satu rangka kerja untuk menganggar nilai bukan gunaan bagi pemeliharaan TNPP ini. Penilaian individu terhadap ciri utama yang menjadi pilihan masyarakat untuk pemeliharaan TNPP ini perlu dijalankan. Tetapi agak sukar untuk menentukan ciri yang diutamakan oleh masyarakat kerana ia adalah barang bukan pasaran. Barang bukan pasaran seperti TNPP ini mempunyai faedah atau nilai yang tersendiri tetapi nilainya adalah nilai yang tidak nampak. Teknik penilaian bukan pasaran 'Contingent Valuation Method' (CVM) boleh digunakan tetapi ia masih mempunyai batasan untuk diaplikasikan. Oleh itu, muncul satu kaedah iaitu 'Choice Modelling' (CM) yang sesuai bagi situasi yang kompleks dan ianya konsisten dengan kehidupan yang sebenar. Dalam kajian ini, eksperimen CM adalah untuk menganggar nilai bagi setiap atribut dalam pemeliharaan TNPP dan kesanggupan membayar komuniti. Secara puratanya, masyarakat sanggup membayar dan atribut yang menjadi keutamaan masyarakat ialah nilai rekreasi serta pemeliharaan flora dan fauna. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Nor Shila Ahmad @ Yusoff en_US
dc.subject LP 48 FPE 2 2008 en_US
dc.title Keutamaan masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan Taman Negara Pulau Pinang en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account