| dc.description.abstract |
Kajian ini adalah kajian mengenai kesan pertumbuhan ekonomi terhadap kualiti alam
sekitar di Malaysia. Masyarakat kini hanya memikirkan kestabilan ekonomi semata
mata tanpa memikirkan kualiti alam sekitar. Seperti yang diketahui, aktiviti ekonomi
seperti perindustrian, pembangunan infrastruktur, pembalakkan dan pertanian
sememangnya membantu kepada pertumbuhan ekonomi, akan tetapi ia juga boleh
menyebabkan pencemaran seperti pencemaran udara, air, bunyi dan tanah berlaku.
Oleh itu, kajian ini mengkaji kesan pertumbuhan ekonomi terhadap kualiti alam
sekitar di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk menganalisis faktor
faktor lain yang akan mengakibatkan perubahan kualiti alam sekitar di Malaysia.
Dalam kajian ini pembolehubah bersandar adalah kualiti alam sekitar (CO2) dan
pembolehubah tidak bersandar adalah KDNK semasa, bilangan kenderaan dan
jumlah populasi penduduk. Pengujian yang dilakukan untuk mencapai objektif ini
adalah pengujian normaliti untuk memastikan ralat bertaburan normal, pengujian
statistik t untuk melihat sama ada wujud atau tidak hubungan yang signifikan antara
satu pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar dan
pengujian statistik F untuk melihat sama ada wujud atau tidak hubungan yang
signifikan antara semua pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah
bersandar secara serentak. |
en_US |