Abstract:
Sektor pertanian merupakan sektor tradisi bagi ekonomi Malaysia. la memberi
sumbangan yang agak besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), guna
tenaga dan pendapatan eksport. Di Malaysia, komoditi pertanian yang banyak
menyumbang kepada pendapatan eksport ialah kelapa sawit, getah, koko dan kayu
balak. Faktor-faktor pengeluaran yang cekap seperti tanah, buruh, modal, usahawan
dan teknologi telah meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran tanaman komoditi.
Objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisis kecekapan yang dicapai dalam
sektor pertanian melalui penggunaan Analisis penyampulan data. Kaedah Analisis
Penyampulan Data (DEA) merupakan kaedah yang digunakan dalam menerangkan
prestasi tentang unit pembuat keputusan. Melalui model dalam kaedah DEA seperti
CCR output, CCR input, BCC output dan BCC input dalam setiap tanaman komoditi
yang dikaji dan dapat mengetahui sama ada pengeluaran dan hasil yang diperolehi
daripada eksport tanaman adalah cekap ataupun tidak cekap. Hasil daripada kajian
ini amat penting kepada institusi pertanian dan kerajaan untuk membangunkan lagi
sektor pertanian setanding dengan sektor yang lain.