DSpace Repository

Penilaian beban kos perbelanjaan pencen kerajaan Malaysia : aplikasi model vektor autoregresi

Show simple item record

dc.contributor.author Norizan Mohd Noor
dc.date.accessioned 2018-07-02T07:53:37Z
dc.date.available 2018-07-02T07:53:37Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9170
dc.description.abstract Berdasarkan konsep pencen, sistem pemprosesan pencen dan pengurusannya mestilah berkesan supaya amalan pembayaran pencen dapat dibuat tanpa apa-apa penangguhan. Oleh itu, segala masalah berkaitan dengan pengurusan dan pemprosesan pencen perlulah diperbaiki dengan berlandaskan kepada tujuan pencen ini. Bagaimanapun pelaksanaan atau pembayaran pencen memerlukan penilaian kerana pada masa kini ia dikatakan membebankan kos perbelanjaan kerajaan. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi beban kos perbelanjaan pencen kerajaan, kesan perubahan sistem saraan ke atas perbelanjaan pencen kerajaan dan mengenal pasti hubungan antara kos perbelanjaan pencen kerajaan dengan bilangan populasi dan bilangan kakitangan kerajaan dalam jangka panjang. Untuk tujuan ini, data siri masa dari tahun 1980 hingga tahun 2005 bagi kos perbelanjaan pencen kerajaan sebagai pemboleh ubah bersandar dan bilangan populasi serta bilangan kakitangan kerajaan sebagai pemboleh ubah bebas di lakukan pengujian. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian kepegunan, ujian ko-integrasi Johansen dan model Vektor Autoregrasi (VAR) bagi melihat kewujudan hubungan jangka panjang antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati bahawa data pemboleh ubah adalah pegun dan wujudnya hubungan jangka panjang antara kos perbelanjaan pencen dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas bagi pengujian model Vektor Autoregresi .Oleh itu, sebarang perubahan dalam polisi yang berkaitan pengurusan pencen perlulah mengambil kira faktor jangka masa panjang. Beberapa cadangan telah dikemukakan berdasarkan hasil kajian yang diperoleh dalam kajian ini bagi penambahbaikan sistem persaraan negara. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Norizan Mohd Noor en_US
dc.subject LP 45 FPE 2 2008 en_US
dc.title Penilaian beban kos perbelanjaan pencen kerajaan Malaysia : aplikasi model vektor autoregresi en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account