| dc.description.abstract |
Pelancongan luar bandar sering diperkatakan sebagai salah satu pemangkin
pembangunan ekonomi setempat. la mampu mewujudkan pembangunan sesuatu
kawasan di samping mewujudkan peluang pekerjaan. Justeru itu, kajian ini
dijalankan untuk menganalisis perkembangan pelancongan luar bandar di Ulu
Legong, Kedah. Pada kebiasaannya, pelancongan luar bandar tidak mendapat
sambutan apatah lagi jika kedudukan kawasan tersebut adalah agak terpencil dan
terpinggir. Kaedah pengumpulan data adalah melalui data sekunder yang diperoleh
dari Majlis Daerah Baling dan soal selidik terhadap pelancong yang datang ke Pusat
Rekreasi Air Ulu Legong. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis
siri masa, deskriptif dan korelasi. Hasil kajian mendapati faktor utama yang menarik
pelancong ke Ulu Legong adalah sumber air iaitu kolam air panas. Di samping itu,
perbelanjaan pelancong sebelum perjalanan ke Ulu Legong adalah tinggi daripada
perbelanjaan pelancong semasa berada di Ulu Legong. Perbelanjaan ini dipengaruhi
oleh pendapatan pelancong itu sendiri. Penemuan kajian ini adalah penting bagi
membuat keputusan dalam pengurusan dan strategi pembangunan di Ulu Legong.
Penemuan dan cadangan yang bersesuaian diutarakan untuk pembaikan dan
memajukan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Kajian ini diharapkan dapat
dijadikan panduan dan rujukan yang berguna kepada sesiapa yang membacanya. |
en_US |