DSpace Repository

Analisis produktiviti dan kecekapan sektor pertanian (getah) : pendekatan stokastik frontier

Show simple item record

dc.contributor.author Norhasikin Othman
dc.date.accessioned 2018-07-02T07:54:36Z
dc.date.available 2018-07-02T07:54:36Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9174
dc.description.abstract Pertanian merupakan sumber terpenting dalam sektor ekonomi di Malaysia. Peningkatan output sektor pertanian telah menyumbang kepada pendapatan dan kehidupan yang lebih baik, terutamanya bagi pekebun kecil di kawasan luar bandar. Dalam usaha untuk memantapkan taraf hidup pekebun kecil ini, kecekapan dan produktiviti di kalangan pekebun kecil ini adalah penting. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sektor pertanian, terutamanyan getah, tangguangjawab telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (RISDA). Sebagai bukti, tahun 2003 merupakan tahun ketiga pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) di mana RISDA meneruskan usaha-usaha membangunkan masyarakat pekebun kecil. Sebagai pengeluar bahan mentah, khususnyan getah, pendapatan pekebun kecil dipengaruhi oleh harga komoditi tersebut. Dalam RMK 9 pula, penekanan diberikan terhadap program tanam semula yang bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan seterusnya akan meningkatkan taraf hidup pekebun kecil. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan khusus untuk mengkaji produktiviti kebun getah dan tahap kecekapan teknikal pekebun kecil di bawah penyeliaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan juga untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakcekapan dikalangan pekebun kecil dengan menggunakan pendekatan Stokastik Frontier (SF). Hasil keputusan kajian membuktikan bahawa produktiviti pekebun kecil adalah dipengaruhi oleh luas kebun yang dimiliki dan juga bilangan pokok yang ditoreh . Faktor ketidakcekapan yang digunakan telah menunjukkan kesan yang positif terhadap kecekapan teknikal. Keadaan ini beerti tahun mula menoreh dan sistem torehan yang digunakan dapat meningkatkan pengeluaran basil getah oleh pekebun kecil. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membuktikan bahawa peningkatan produktiviti dan kecekapan teknikal di kalangan peke bun kecil dapat meningkatkan taraf hidup mereka. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Norhasikin Othman en_US
dc.subject LP 41 FPE 2 2008 en_US
dc.title Analisis produktiviti dan kecekapan sektor pertanian (getah) : pendekatan stokastik frontier en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account